Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, September 2, 2008

SEJARAH RINGKAS DARWINISME

MALAPETAKA DARWINISMA
TERHADAP KEMANUSIAAN

Sebelum kita beralih kepada penderitaan dan malapetaka yang telah dibawakan oleh Darwinisme kepada dunia, mari kita lihat secara ringkas sejarahnya. Ramai beranggapan Teori Evolusi yang telah diasaskan oleh Charles R. Darwin, sebagai sebuah teori yang berlandaskan kepada bukti-bukti, pemerhatian dan eksperimen saintifik yang kukuh. Tetapi, pengasas sebenarnya bukan Darwin, dan ia juga tidak mempunyai sebarang sumber saintifik.

Sekeping gambar menunjukkan tuhan air Sumerian. Seperti Sumerian, Darwinis percaya hidupan telah muncul secara kebetulan daripada air. Dengan kata lain, mereka melihat air sebagai tuhan yang menjadikan hidupan.

Pada satu zaman di Mesopotamia, apabila agama penyembahan berhala berkuasa, khurafat dan kepercayaan karut yang telah menjadi tunjang kehidupan dan alam ini amat banyak; di antaranya ialah kepercayaan "evolusi". Menurut epik Enuma-Elish, yang kembali kepada bangsa Sumerian (tamadun awal Babylon Purba), telah berlaku satu banjir besar, dan daripada ini tuhan-tuhan yang dikenali sebagai Lahmu dan Lahamu terbentuk secara mendadak. Berdasarkan kepada khurafat ini, berhala-berhala ini pada mulanya telah mencipta diri mereka sendiri dan kemudian setelah menjadi universal, lalu membentuk benda-benda dan hidupan lain. Dengan kata lain, menurut dongengan Sumerian, hidupan muncul secara tiba-tiba daripada keadaan berair mati yang berkocak, kemudian berkembang dan membangun.

Kita akan dapati kepercayaan ini amat mirip dengan dakwaan teori evolusi yang menyatakan bahawa "hidupan telah berkembang daripada benda tidak hidup". Daripada itu kita akan dapati idea evolusi bukannya milik Darwin, tetapi adalah milik penyembah berhala Sumerian.

Kemudian, dongengan evolusi ini telah mendapat tempat yang luas untuk hidup di dalam tamadun penyembahan berhala yang lain, iaitu Greek Purba. Para ahli falsafah Greek Purba yang materialis beranggapan bahawa benda adalah satu-satunya perkara yang wujud. Mereka merujuk kepada dongengan evolusi, yang telah diwarisi daripada kaum Sumerian, untuk menjelaskan bagaimana hidupan dapat muncul. Dengan itu, falsafah materialis dan dongengan evolusi telah muncul bersama di Greek Purba. Dari situ, ia kemudian telah dibawa ke dalam kebudayaan Rom.

Kedua-dua konsep ini, yang setiap satunya adalah kepunyaan budaya penyembahan berhala, telah muncul di dunia moden pada abad ke-18. Sebahagian pemikir Eropah yang mengkaji sumber-sumber Greek purba telah membawa kepada materialisme. Satu sifat biasa bagi pemikir-pemikir ini ialah mereka menentang agama.

Di dalam keadaan ini, individu pertama yang mengkaji teori evolusi ini secara terperinci ialah seorang pakar biologi Perancis Jean Baptiste Lamarck. Di dalam teori beliau, yang kemudiannya didapati salah, Lamarck beranggapan bahawa semua hidupan telah berkembang daripada satu sama lain oleh perubahan-perubahan kecil di dalam hidup mereka. Seorang individu lain yang telah mengulangi dakwaan Lamarck, dengan cara yang berbeza ialah, Charles R. Darwin.

Seperti masyarakat penyembahan berhala, Darwinis percaya bahawa hidupan muncul secara kebetulan di dalam air hasil daripada kesan-kesan semula jadi. Berdasarkan dakwaan yang tidak masuk akal ini, atom-atom mati di dalam "sup primitif" di dalam gambar ini telah bercantum dan memilih untuk membentuk hidupan.

Darwin mengemukakan teori ini di dalam bukunya "The Origin of Species", yang telah diterbitkan di England pada tahun 1859. Di dalam buku ini, dongengan evolusi, yang berasal daripada Sumer purba ini, telah dikemukakan dengan terperinci. Beliau mendakwa bahawa semua spesies berasal daripada satu moyang, yang telah wujud secara kebetulan di dalam air, dan kemudian telah berkembang di dalam keadaan berbeza daripada satu sama lain oleh perubahan-perubahan kecil yang terhasil secara tidak sengaja.

Dakwaan Darwin ini tidak diterima sepenuhnya oleh kebanyakan ahli-ahli sains pada zaman beliau. Di samping itu, pakar-pakar fosil telah menyedari bahawa dakwaan Darwin ini tidak lebih daripada sebuah khayalan fantasi sahaja. Bagaimana pun kemudiannya, teori Darwin ini telah mula mendapat sokongan daripada beberapa golongan yang berbeza. Ini kerana, Darwin dan teorinya telah mengemukakan asas yang hilang kepada kuasa-kuasa yang memerintah pada abad ke-19.
SEBAB UTAMA PENERIMAAN DARWINISME ADALAH IDEOLOGI
Jika dibandingkan dengan hari ini, mikroskop yang terdapat pada abad ke-19 adalah amat primitif dan hanya dapat melihat sel sebagai tompokan, seperti di dalam gambar.

Zaman ketika Darwin menerbitkan bukunya "The Origin of Species" dan ketika beliau mengemukakan teori evolusi beliau, sains pada waktu itu amat mundur. Sebagai contoh, sel yang telah diketahui kini mempunyai satu sistem yang paling rumit, hanya dapat dilihat sebagai satu tompokan melalui mikroskop ringkas yang digunakan pada zaman tersebut. Kerana itulah, Darwin tidak melihat sebarang masalah untuk mendakwa hidupan telah muncul secara kebetulan daripada benda mati.

Dengan cara yang sama juga, rekod fosil yang tidak lengkap juga membolehkan ia mendakwa hidupan muncul daripada satu sama lain melalui beberapa perubahan. Tetapi hari ini, rekod-rekod fosil tidak memberikan walau satu bukti untuk menyokong dakwaan Darwin bahawa hidupan telah muncul dengan peningkatan antara satu sama lain. Sehingga kini, pengikut-pengikut teori evolusi cuba menyelesaikan dilema ini dengan mengatakan bahawa, "ia akan ditemui suatu hari nanti di masa hadapan". Tetapi kini mereka tidak dapat lagi berselindung di sebalik penjelasan ini. (Untuk maklumat yang lebih teperinci sila lihat bab Konsep Evolusi Yang Salah)

Walaubagaimanapun, tidak terdapat sebarang perubahan kepada pegangan Darwinis terhadap teori evolusi ini. Penyokong-penyokong Darwin telah sampai ke zaman kita di dalam keadaan terus berpegang dengan keyakinan penuh kepada Darwin sebagaimana ia telah diwarisi akhir 150 tahun yang lalu.

Kalau begitu, apakah sebab untuk Darwinisme, di dalam keadaan semua fakta-faktanya telah terbukti tidak saintifik, mendapat perhatian daripada beberapa golongan, dan telah dipropagandakan agar diterima?

Di antara ciri-ciri teori Darwin yang paling nyata ialah penolakannya terhadap kewujudan seorang Pencipta. Menurut teori evolusi, hidupan terbentuk dengan sendirinya daripada benda-benda mati, secara kebetulan. Dakwaan Darwin ini telah memberikan satu sokongan saintifik songsang kepada semua falsafah ateis, dimulakan dengan falsafah materialis. Kerana sehingga abad ke-19, kebanyakan ahli-ahli sains melihat sains sebagai satu cara untuk mempelajari dan menerokai apa yang telah Tuhan jadikan. Disebabkan kepercayaan ini telah diterima dengan meluasnya, maka para ahli falsafah yang ateis dan materialis tidak dapat menemui satu landasan yang sesuai untuk membangunkan fahaman mereka. Tetapi dengan menafikan kewujudan seorang Pencipta dan membina satu sokongan khayalan untuk kepercayaan ateis dan materialis ini, teori evolusi telah memberikan satu peluang keemasan kepada mereka. Kerana itulah, mereka telah mengiktiraf Darwin dan mengadaptasikan teori tersebut kepada ideologi-ideologi mereka.
Kerjasama Darwinisme dengan ideologi-ideologi yang merosak dan memusnahkan dunia ini, merupakan satu fakta yang amat jelas di sini.
SOSIAL DARWINISME: ADAPTASI UNDANG-UNDANG RIMBA KEATAS MANUSIA
Salah satu dakwaan teori evolusi yang paling penting ialah asas perkembangan hidupan yang bergantung kepada "perjuangan untuk hidup" di alam semula jadi. Menurut Darwin, di dalam alam ini terdapat berbagai pertarungan untuk hidup yang tidak mengenal erti belas kasihan, iaitu konflik luaran. Yang gagah sering berjaya menawan yang lemah, dan ini yang mewujudkan peningkatan. Buku beliau bertajuk The Origin of Species, telah menghuraikan subjek ini. Di bawah bab bertajuk "The Origin of Species by Means of Natural Selection or the Preservation of Favoured Races in the Struggle for Life".

Thomas Malthus, yang telah mempengaruhi Darwin dan beranggapan bahawa peperangan dan kekurangan akan dapat mengimbangi peningkatan populasi dunia.

Sumber inspirasi Darwin di dalam perkara ini ialah buku tulisan seorang ahli ekonomi Inggeris Thomas Malthus bertajuk "An Essay on the Principle of Population". Buku ini menyatakan bahawa manusia akan menghadapi masa depan yang gelap. Malthus merumuskan bahawa populasi manusia akan meningkat pada kelajuan yang dahsyat. Jumlah mereka akan meningkat sekali ganda setiap 25 tahun. Bagaimana pun, keperluan makanan tidak meningkat pada kadar yang sama. Di dalam keadaan ini, seluruh manusia akan menghadapi ancaman bahaya kebuluran yang genting. Kuasa-kuasa yang dapat mengawal populasi ini hanyalah malapetaka, seperti peperangan, kebuluran, dan serangan penyakit. Ringkasnya, untuk membolehkan sebahagian manusia hidup, adalah perlu untuk mereka yang lain dikorbankan. Kewujudan bererti "peperangan yang berterusan".

Darwin mengakui buku Malthuslah yang telah memberikannya idea tentang perjuangan untuk hidup:
Pada Oktober 1838, iaitu lima belas bulan selepas saya memulakan penyelidikan secara sistematik, saya telah membaca secara suka-suka pendapat Malthus tentang populasi, dan telah bersedia menilai perjuangan untuk hidup yang berterusan daripada pemerhatian yang panjang terhadap habitat haiwan dan tumbuhan, ia membuatkan saya terfikir bahawa di dalam keadaan ini, variasi- variasi pilihan akan lebih terpelihara dan variasi bukan pilihan akan musnah. Hasilnya ialah pembentukan spesies-spesies baru. Akhirnya saya mendapat satu teori yang berguna.

Pada abad ke-19, idea-idea Malthus telah diterima oleh masyarakat secara meluas. Para intelektual kelas atasan Eropah juga telah menyokong idea-idea Malthus ini. Tumpuan yang diberikan oleh Eropah abad ke-19 kepada idea-idea Malthus tentang populasi dapat diperhatikan di dalam artikel The Scientific Background of the Nazi "Race Purification" Programme:

Pada separuh awal abad ke-19, di Eropah, anggota-anggota daripada kelas yang memerintah telah berkumpul untuk membincangkan tentang "masalah populasi" yang baru ditemui dan untuk mencari jalan bagi melaksanakan mandat Malthus, meningkatkan kadar kematian orang-orang miskin. "Daripada menganjur kebersihan kepada orang miskin, kita perlu menggalakkan keadaan sebaliknya. Di bandar, kita perlu menjadikan jalan-jalan kita lebih sempit, penuhkan lebih ramai orang ke dalam rumah, dan mengharapkan pengembalian wabak-wabak. Di perkampungan pula, kita perlu membina perkampungan-perkampungan yang dekat dengan kolam-kolam bertakung, dan menggalakkan penempatan di kawasan-kawasan yang berpaya dan tidak baik.

Hasil daripada polisi gila ini, yang kuat akan menewaskan yang lemah di dalam pertarungan untuk hidup, dan dengan ini peningkatan populasi yang melampau dapat diseimbangkan. Pada abad ke-19 England telah melancarkan program "menghancurkan orang miskin". Satu sistem industri telah asaskan di mana kanak-kanak berusia lapan atau sembilan tahun dipaksa bekerja 16 jam setiap hari di lombong-lombong arang batu dan beribu-ribu telah mati disebabkan oleh keadaan yang teruk ini. Teori Malthus "perjuangan untuk hidup", telah mengheret berjuta-juta rakyat miskin di England kepada kehidupan yang amat menyeksakan.

Darwin yang terpengaruh dengan Malthus, telah memasukkan pandangan ini ke alam semula jadi, dan menganggap bahawa peperangan ini akan dimenangi oleh yang paling kuat dan perkasa. Dakwaan Darwin ini juga merangkumi semua tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga manusia. Beliau juga menegaskan bahawa perjuangan untuk hidup ini merupakan undang-undang alam semula jadi yang berkekalan dan tidak akan berubah. Dengan menolak hakikat ciptaan, beliau telah mengajak manusia untuk meninggalkan kepercayaan-kepercayaan mereka dan prinsip-prinsip sesuatu etnik yang menjadi penghalang kepada "perjuangan untuk hidup" yang kejam ini.

Kerana itulah, teori Darwin telah mendapat sokong padu sebaik sahaja ia mula dikemukakan, mulanya di England dan kemudiannya di seluruh negara Barat. Para imperialis, kapitalis dan materialis yang menyokong teori yang menyediakan kepada mereka landasan saintifik untuk sistem politik dan sosial yang telah mereka asaskan, tidak teragak-agak untuk menerimanya. Di dalam masa yang singkat sahaja, teori evolusi ini telah mendapat perhatian berbagai bidang masyarakat manusia, daripada sosiologi kepada sejarah, daripada psikologi kepada politik. Di dalam setiap bidang, idea asasnya ialah slogan "perjuangan untuk hidup" dan "yang kuatlah yang terus hidup", dan parti-parti politik, rakyat, pentadbir, firma-firma komersial, individu-individu telah mula hidup di dalam bara slogan-slogan ini. Disebabkan ideologi yang berkuasa telah mengiktiraf Darwinisme, maka propaganda-propaganda para penyokong Darwin telah mula menyusup masuk ke berbagai bidang, daripada pendidikan kepada seni, daripada politik kepada sejarah. Ia cuba mewujudkan pertalian di antara setiap subjek dengan Darwinisme dan melihatnya dari kaca mata seorang penyokong Darwin. Hasilnya, walaupun masyarakat tidak mengenali Darwinisme, tetapi model-model masyarakat yang diingini oleh Darwinisme telah mula terbentuk.

Darwin sendiri mengakui bahawa pendangan-pandangan beliau yang berasaskan kepada evolusi telah diserapkan kepada kepercayaan etnik dan sains kemasyarakatan. Darwin menyebutkan seperti berikut kerpada H. Thiel di dalam sepucuk surat pada tahun 1869:

Anda tidak akan percaya betapa gembiranya saya mengetahui bahawa anda telah menyerapkan ke dalam moral dan sosial persoalan-persoalan yang sama dengan pandangan-pandangan yang telah saya gunakan berkaitan dengan pemindaan spesies-spesies. Saya sendiri tidak menyangka pandangan- pandangan saya akan dikembangkan begitu jauh berbeza, dan yang lebih penting, ia menguasai.

Di dalam keadaan pertempuran di alam ini diterima sebagai fitrah semula jadi manusia, konflik-konflik yang berlaku di atas nama rasisme, Fasisme, Komunisme, dan imperialisme, dan usaha mereka yang gigih untuk menghentam golongan yang dianggap lemah, kini dapat difahami dengan sejelas-jelasnya. Kini amat mustahil untuk menghalang atau menyekat mereka yang melakukan pembunuhan berkelompok yang kejam, melayan manusia lain seperti binatang, melaga-lagakan manusia supaya saling bermusuhan, mereka yang menghina orang lain kerana bangsa mereka, mereka yang menutup perniagaan-perniagaan kecil di atas dasar persaingan, dan mereka yang menolak untuk menolong orang-orang yang fakir. Kerana mereka melakukan ini semua berdasarkan kepada undang-undang semula jadi yang "saintifik".
PENINDASAN DI SELURUH DUNIA
Pada Darwinsme, penipuan bahawa konflik dan pertempuran adalah sifat semulajadi manusia telah diterima. Hasilnya, di kebanyakan tempat di seluruh dunia, peperangan, pembunuhan, dan keganasan telah diselindung di sebalik mantel yang dikenali sebagai mantel sains, dan abad ke-20 telah menjadi satu abad kepedihan dan kesengsaraan.
Perkara baru ini kemudiannya telah dikenali sebagai "SOSIAL DARWINISME".
Salah seorang saintis evolusionis terkenal pada zaman kita, seorang ahli paleontologi Amerika Stephen Jay Gould menerima kebenaran ini dengan menulis kepada penerbit buku The Origin of Species dalam tahun 1859, "sebab-sebab tentang perhambaan, kolonialisme, perbezaan kaum, pertembungan kelas-kelas, dan peranan seks akan berterusan di bawah nama sains".
TIMBANG TARA YANG KEJAM
Menurut Sosial Darwinsme, mereka yang lemah, miskin, sakit, dan mundur perlu dihapuskan, dan dilenyapkan tanpa belas kasihan. Mereka percaya bahawa ia adalah perlu untuk evolusi manusia. Salah satu sebab mengapa pada abad ke-20 tiada jawapan kepada berjuta-juta manusia yang menagih pertolongan, daripada Bosnia ke Ethopia, ialah kerana ideologi ini yang telah membebankan masyarakat dengan kejam.

Terdapat satu fakta yang perlu diberikan perhatian yang berhati-hati di sini. Setiap zaman sepanjang sejarah manusia telah menyaksikan berbagai peperangan, kekejaman, penindasan, rasisme, dan konflik. Tetapi, pada setiap masa terdapat satu agama suci yang mengajar manusia bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah dan menyeru mereka ke arah pendamaian, keadilan dan ketenangan. Di sebabkan manusia mengenali agama suci ini maka sekurang-kurangnya mereka dapat menerima apa yang mereka lakukan adalah salah apabila mereka melibatkan diri di dalam keganasan. Tetapi, kemudiannya pada abad ke-19, Darwin telah mengemukakan kepada mereka bahawa pertempuran untuk mencari untung dan ketidakadilan mempunyai justifikasi sains, dan menyatakan bahawa semuanya ini adalah sebahagian daripada fitrah manusia, bahawa manusia mewarisi dendam dan sifat agresif yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka, dan bahawa dengan cara ini jugalah haiwan yang lebih gagah dapat selamat, undang-undang yang sama berlaku kepada manusia. Dipengaruhi dengan pemikiran ini, peperangan, penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai telah mula berlaku di sebahagian besar dunia. Lebih daripada itu, penyokong-penyokong Darwin telah menyokong dan menggalakkan perbuatan-perbuatan ini yang membawa banyak kesengsaraan, pertumpahan darah, dan penderitaan kepada dunia, dan membela semua perlakuan mereka. Hasil daripada sokongan saintifik yang terkenal ini, semua ideologi-ideologi berbahaya ini telah menjadi semakin kuat, dan menyebabkan abad ke-20 dicap sebagai "zaman penderitaan".

Di dalam buku "Darwin, Marx, Wagner", pensyarah ilmu sejarah Jacques Barzun telah mentafsirkan kesan-kesan kebejatan moral dunia moden kini dari segi sains, kemasyarakatan dan kebudayaan. Ulasan berikut dipetik daripada buku beliau yang mengimbas pengaruh Darwinisme kepada dunia:
Pengarang buku "Darwin, Marx, Wagner", profesor sejarah Jacques Barzun
… Di setiap negara Eropah pada sekitar tahun-tahun 1870 dan 1914 terdapat sebuah parti yang menuntut untuk mengangkat senjata, sebuah parti individu yang mahukan persaingan tidak sihat, sebuah parti imperialis yang menuntut kebebasan ke atas rakyat bawahan, sebuah parti sosialis yang mahu berkuasa, dan sebuah parti rasialis yang mendesak pembersihan dalaman menentang orang luar - setiap mereka, apabila keinginan untuk tamak dan menjadi agung gagal, telah menggunakan Spencer dan Darwin, yang menyatakan, sains adalah jelmaan… Bangsa adalah berkaitan dengan biologi, ia adalah berkaitan dengan sosiologi, ia adalah secara Darwin.

Pada abad ke-19, apabila Darwin mengemukakan dakwaan bahawa hidupan tidak dijadikan tetapi telah terbentuk secara kebetulan, dan manusia mempunyai moyang yang sama dengan haiwan dan telah berubah secara kebetulan sebagai organisma yang paling maju peningkatannya, mungkin tidak ramai yang dapat meramalkan apakah implikasi daripada dakwaan ini. Tetapi pada abad ke-20, kesan akhir dakwaan ini telah dapat disaksikan di dalam pengalaman-pengalaman yang menakutkan. Mereka yang melihat manusia sebagai seekor haiwan yang telah berkembang, tidak teragak-agak untuk melonjak naik dengan menindas mereka yang lemah, menyahkan mereka yang sakit dan lemah, dan melakukan pembunuhan beramai-ramai sekadar untuk membersihkan bangsa-bangsa yang mereka rasakan berbeza dan berkedudukan rendah. Kerana teori mereka yang bertopengkan sains menyatakan kepada mereka bahawa ini adalah satu "undang-undang semula jadi".

Mala petaka yang dibawakan oleh Darwinisme kepada dunia bermula dengan cara ini, dan berkembang pesat ke seluruh dunia. Pada abad ke-19, sebelum materialisme dan ateisme berkembang pesat melalui sokongan yang mereka terima daripada Darwinisme, sebahagian besar masyarakat percaya bahawa Allah telah mencipta semua hidupan dan manusia tidak seperti hidupan lain, mereka dianugerahkan roh yang dijadikan oleh Allah. Setiap manusia tanpa mengira bangsa dan kedudukan, adalah hamba yang dijadikan oleh Tuhan. Bagaimana pun, iman yang lemah telah dipatahkan oleh Darwinisme, yang membentuk kumpulan-kumpulan masyarakat yang saling bersaing antara satu sama lain, di samping tidak menghiraukan kepentingan moral, mereka melihat manusia sebagai seekor haiwan yang telah berkembang. Masyarakat yang menolak sebarang tanggungjawab mereka terhadap Allah telah melahirkan satu masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Daripada kebudayaan inilah munculnya berbagai jenis "isme", dan setiap satunya telah menjadi malapetaka kepada manusia.

Di dalam halaman berikutnya, kita akan mengkaji ideologi-ideologi ini di dalam persoalan apa yang Darwinisme justifikasikan, hubungan rapat di antara ideologi-ideologi ini dan Darwinisme, dan akibat daripada kerjasama ini kepada dunia.

Sunday, August 31, 2008

SYRIA

ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN ERA KEBANGKITAN ISLAM
SEJARAH NGERI PENINDASAN YANG DISEMBUNYIKAN
Umat Islam di Syria, sebuah negara yang diperintah oleh Parti Baath yang merupakan nasionalis Arab sejak tahun 1963, telah mengalami penderitaan dan penin­dasan sejak tahun 1920-an lagi.

Syria yang memiliki 75 peratus umat Islam, 11 peratus Syiah, dan 9 peratus Kristian, memiliki sejarah Islam yang panjang dan warisan budaya yang sangat dalam. Ramai para ulama Islam lahir di bumi ini.

Syria ditakluk ketika zaman Khalifah Umar, dan kemudian diperintah oleh Umaiyyah, Abbassiyah, Seljuk dan Ayyub. Tanah Syria menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517, dan mereka hidup dalam keadaan aman damai sehingga penggal pertama abad ke-19. Pada tahun 1831, Syria jatuh ke tangan Muhammad Ali Pasha, yang menjadi penentang kerajaan Turki Uthma­niyyah dan kemudian menubuhkan kerajaannya sendiri. Syria kemudian berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah semula se­hinggalah ia dijajah Perancis pada tahun 1920. Penaklukan oleh Perancis telah menjadi detik permulaan kekacauan dan kezaliman ke atas rakyat Syria. Perancis telah merobek Syria dari Lubnan, yang mana Lubnan pada zaman dahulu adalah sebahagian dari Syria, kemudian ia telah dipisahkan daripadanya.
HAFEZ AL-ASSAD
Polisi penindasan selama 26 tahun yang berakhir dengan ke­mer­dekaan pada tahun 1946 adalah serupa dengan apa yang dikenakan oleh Pe­rancis ke atas Algeria, Tunisia, dan banyak lagi negara-negara Islam yang lain. Rakyat Syria telah memulakan kempen me­nentang selepas penaklukan Perancis. Perancis dengan kejamnya telah membunuh puluhan ribu rakyat dan mengebom banyak bandar-bandar besar. Kebangkitan yang berlaku telah dihapuskan dengan kejam, namun Perancis menyedari bahawa hari-hari mereka berada di Syria sedang dihitung.

Perancis terpaksa berundur dari Syria selepas Perang Dunia II, dan ia akhirnya menerima kemerdekaan Syria pada tahun 1946. Namun demikian, mereka meninggalkan Syria dalam keadaan yang tidak stabil dan sering terdedah kepada konflik. Mandat Perancis yang dikenakan ke atas Syria selepas Perang Dunia I telah memberikan lebih manfaat kepada puak Syiah berbanding kumpulan-kumpulan lain (Puak Syiah percaya kepada kesucian Saidina Ali r.a. Ia hampir mirip kepada pendewaan yang dilakukan oleh orang-orang Kristian ke atas Nabi Isa a.s.). Pentadbiran Perancis telah meletakkan minoriti Syiah dalam jawatan-jawatan penting kerajaan, lalu menimbulkan rasa tidak senang kepada umat Islam dari kalangan ahli sunnah wal jama'ah. Ini seterusnya membenihkan bibit-bibit permusuhan di antara dua golongan tersebut. Ramai pakar di Timur Tengah berpendapat bahawa puak Syiah berjaya mencapai kedudukan politik dan militari yang tinggi semenjak deklarasi kemerdekaan Syria pada tahun 1946. Berikutan dengan kemerdekaan tersebut, perkara penting yang berlaku ialah puak Syiah berjaya mengambil alih pemerintahan negara dengan meminggirkan kedudukan golongan ahli sunnah wal jama'ah yang telah lama menerajui perkembangan politik dan ekonomi tanah air.

Selepas kemerdekaan, Syria menjadi sebuah negara yang sering berlaku rampasan kuasa. Mereka bermula pada tahun 1949 dan terus melakukannya sehingga tahun 1970 yang pada waktu itu dipimpin oleh diktator Hafez Al-Assad. Rejimnya telah menamatkan rampasan kuasa tetapi telah mewujudkan sebuah sistem pemerintahan yang bersifat menekan. Kerajaan Baath telah menambah lagi kesusahan kepada umat Islam Syria. Negara itu telah jatuh ke tangan puak minoriti Syiah, yang hanya terdiri daripada 11 peratus sahaja dari keseluruhan populasi. Kesemua ras-ras yang lain telah kehilangan pengaruh. Dalam masa yang singkat sahaja, rejim Assad, yang menggelarkan diri mereka sebagai "Demokrasi Rakyat Sosialis," telah mengenakan pemerintahan yang zalim di negara itu. Kesemua parti politik telah ditutup, dan sokongan terhadap pandangan parti politik lain selain dari ideologi sosialis yang disokong oleh Parti Baath diharamkan. Kesemua pergerakan Islam dihalang. Para pemimpin gerakan-gerakan tersebut telah ditangkap dan didera dengan kejam sehingga mati. Pertubuhan hak-hak asasi manusia antarabangsa telah melaporkan bagaimana umat Islam Syria dikenakan penindasan yang sangat teruk dan telah menderita sepanjang era Assad, dan bagaimana wanita Islam diperkosa dan penderaan yang tersangat zalim telah dikenakan ke atas lelaki.
KEKEJAMAN DAN PENINDASAN,SIMBOL ERA ASSAD
Penduduk Hama, yang dikenali kerana berpegang teguh dengan Islam, telah dibunuh dengan kejam dalam satu peristiwa pembunuhan beramai-ramai selama 27 hari, yang didalangi oleh adik kepada pemimpin Syria Hafez al-Assad, iaitu Rifaat.
Matlamat utama rejim Baath adalah untuk memadamkan identiti Islam Syria. Bagi mencapai hasrat ini, berpuluh-puluh ribu umat Islam telah ditahan tanpa sebab dan kemudiannya didera. Kebanyakannya telah dikenakan hukuman, dan yang lain hilang begitu sahaja. Rejim Assad telah melakukan tindakan-tindakan seperti merogol wanita, memukul mereka sehingga mati dan menggantung mereka pada bahagian kaki. Rejim ini juga cuba untuk memusnahkan masyarakat Islam dengan menyerang rumah-rumah, masjid dan melakukan penghinaan dan kekacauan yang tidak pernah putus, dan se­sungguhnya mereka amat gembira melakukannya.

Contoh paling ngeri kebuasan rejim Assad ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di bandar Hama. Satu-satunya sebab yang membawa kepada penghancuran bandar itu ialah pergerakan-pergerakan Islam amat berkuasa di sana. Rifaat Assad, adik kepada Hafez dan juga merupakan ketua Staf Jeneral, telah mengarahkan satu siri serangan darat dan udara ke atas bandar Hama pada satu malam Februari 1982. Majoriti askar yang enggan menurut perintah telah dibunuh serta-merta. Bandar tersebut telah musnah teruk. Kira-kira 40,000 umat Islam ke­hilangan nyawa kesan daripada kebuasan rejim Assad selama 27 hari itu.

Terdapat banyak lagi pembunuhan yang dilakukan oleh Assad selama 3 dekad sebagai seorang diktator. Ramai umat Islam Syria yang melarikan diri dari Assad masih hidup di perantauan sebagai seorang pelarian. Terdapat kira-kira 1 juta umat Islam Syria di Arab Saudi sahaja.
Di sebalik semua ini, polisi Bashar Assad, yang mengambil alih pemerintahan negara selepas kematian bapanya, telah menghantar signal yang lebih positif tentang sikapnya terhadap komuniti agama di Syria. Kami berharap signal ini akan membawa kepada satu perubahan positif dan seterusnya membolehkan Syria bebas, aman dan menjadi sebuah negara yang adil. Tiada seorang pun yang ditekan disebabkan oleh kepercayaan dan asal-usul keturunannya.

Namun demikian, kita harus ingat bahawa tiada satu pun masalah sosial di Timur Tengah dan di kawasan-kawasan Islam lain yang tidak memiliki jalan penyelesaian. Sekali pandang, memanglah masalah yang berlaku di kawasan tersebut sangat kompleks dan tidak dapat diselesaikan sama sekali. Namun demikian, jalan penye­lesaiannya di cari selama beratus-ratus tahun di tempat yang salah. Jawapan kepada permasalahan itu ialah dengan hidup berlandaskan ajaran Al-Quran yang telah Allah turunkan kepada seluruh manusia. Menjadi lemah dalam menghadapi situasi sedemikian adalah tidak patut bagi diri umat Islam. Ini kerana Allah, yang telah menciptakan segala-galanya, yang membina sebuah sistem yang membolehkan manusia hidup di dalamnya dalam aman, sejahtera dan selamat, dan telah mewahyukan semua itu kepada manusia melalui al-Quran. al-Quran telah menunjukkan kepada kita jalan yang sebenar bagi setiap perkara, seperti yang diterangkan dalam ayat berikut, "...Kami turunkan kepada kamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi Muslimin." (An-Nahl, 16:89)

Adik kepada Hafez al-Assad, Rifaat telah mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Hama selama 27 hari yang bermula pada 2 Februari 1982. Rifaat telah diberikan kuasa sepenuhnya oleh abangnya, dan dia mengarahkan 12,000 orang askar, termasuk pasukan-pasukan khas. Satu pertiga dari bumi Hama yang diduduki seramai 350,000 orang telah dimusnahkan. Seramai 30-40,000 orang telah dibunuh dan tiada berita tentang 15,000 yang lain. Beribu orang penduduk terpaksa melarikan diri. Masjid-masjid dan bangunan bersejarah telah diruntuhkan. Kerajaan Syria telah mengambil tindakan bagi memastikan berita tentang peristiwa itu tidak sampai ke pengetahuan wartawan asing. Segala bentuk komunikasi denga bandar tersebut telah diputuskan, dan tiada siapa yang dibenarkan masuk atau keluar. Walaupun begitu, mereka tetap gagal untuk menyembunyikan pembunuhan beramai-ramai yang kejam.

Sekiranya ajaran moral terbaik yang diberitahu di dalam al-Quran dapat difahami dan seterusnya diamalkan, maka segala masalah yang sedang berlaku di dunia ini akan dapat diselesaikan dengan mudah. Memandangkan jalan penyelesaiannya adalah hidup berdasarkan ajaran al-Quran, maka mereka yang memiliki kesedaran adalah bertanggungjawab untuk menerangkan al-Quran kepada orang lain. Di dalam al-Quran, para utusan Allah telah menerangkan tanggungjawab mereka seperti berikut:

Kami hanya bertanggungjawab untuk menyampaikan dengan jelas. (Yaasin, 36:17)
Allah menyeru kepada keamanan dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. (Yunus, 10:25)

IRAQ

DIBAWAH PEMERINTAHAN SADDAM HUSSEIN

Saddam Hussein mula berkuasa pada tahun 1979, dan semenjak itu beliau enggan membenarkan sebarang kumpulan agama menceburkan diri dalam arena politik dan sosial Iraq. Saddam Hussein menjadi arkitek peristiwa pembunuhan beramai-ramai 5,000 umat Islam Kurdish dengan menggunakan senjata kimia di Halabja, mendera rakyatnya sendiri, memulakan perang Iran-Iraq, dan cuba untuk menawan Kuwait pada tahun 1990. Walaupun beliau kadang-kala bercakap hal-hal agama untuk memenangi hati umat Islam, namun ia hanyalah sebuah sandiwara.

Jika kita mengkaji secara ringkas sejarah Saddam Hussein, kita dapat memahami asas-asas rejim yang dibinanya.

Peristiwa yang membuatkan Saddam berkuasa di Iraq bermula dengan sebuah rampasan kuasa. Pada bulan Februari 1963, sekumpulan pegawai askar dan aktivis jalanan yang menggelarkan diri mereka sebagai Parti Baath (Parti Pemulihan) telah menyingkirkan Jeneral Abdul Karim Kassem yang berkuasa ketika itu. Di antara militan-militan tersebut, seorang ahli daripada enam orang yang ber­tang­gung­jawab membunuh Kassem, mendapat perhatian: Sad­dam Hussein al-Takriti, dengan kata lain beliau ialah Saddam Hussein dari Takrit. Walaupun Saddam bukanlah seorang askar, namun beliau sering dilihat berpakaian uniform dan serta-merta selepas ber­lakunya rampasan kuasa, beliau telah dimasukkan ke dalam rejim Baath dan ditugaskan untuk melakukan keganasan dan pembunuhan. Tindakan pertamanya adalah mencipta kaedah baru penderaan yang lebih efektif semasa menyoal-siasat mereka yang menentang sewaktu rampasan kuasa. Pemerintahan Baath yang bermula dengan rampasan kuasa istana berakhir pada bulan November tahun yang sama. Pusat penderaan Saddam kemudian menjadi lebih ringan, penuh dengan peralatan-peralatan menyakitkan yang direkanya sendiri.



Pentadbiran Baath yang berusia kurang 10 bulan juga berakhir dengan sebuah rampasan kuasa. Walau bagaimanapun, parti itu kemudiannya melancarkan lagi rampasan kuasa pada 17 Julai 1968, dan kali ini adalah yang terakhir. Naib pemimpin rampasan kuasa kedua ini tidak lain adalah pakar pendera Saddam Hussein sendiri. Dengan melantik saudara-mara terdekatnya menjawat jawatan-jawatan penting dan menyingkirkan musuh-musuh politiknya, beliau kemudiannya berjaya menguasai kekuatan politik yang diidam-idamkan olehnya. Pendera yang tidak berperikemanusiaan itu kemudiannya menjadi diktator Iraq.


Imej-imej kekejaman Saddam di Halabja.

Di sebalik kekejaman dan kebuasannya itu, salah satu faktor yang menjadikan beliau terus berkuasa ialah sokongan yang diterimanya dari luar. Saddam telah membentuk sekutu-sekutu untuk menjadikannya terus berkuasa. Mossad, iaitu sebuah kumpulan gelap paling pintar di dunia milik Israel mendahului sekutu-sekutu yang dibentuk oleh Saddam. Mossad menganggap Saddam sebagai buah catur penting strategi Israel di Timur Tengah, dan kadang-kala menggunakan Saddam untuk menghalang perkara-perkara yang mungkin membahayakan kepentingan Israel.

Dalam bukunya yang kedua, ditulis selepas Perang Teluk, Victor Ostrovsky yang merupakan bekas ejen Mossad menulis perkara yang menarik tentang Saddam dari kaca mata Israel. Israel berharap agar diktator Iraq itu terus berkuasa kerana beliau betul-betul kurang rasional dalam polisi antarabangsa dan mungkin melakukan kebodohan yang boleh dipergunakan oleh Israel.

Ini menjelaskan kepada kita maklumat penting tentang wajah sebenar Saddam Hussein. Saddam tidak pernah mewujudkan polisi yang membawa kebaikan kepada umat Islam dan tidak juga pernah mempertahankan kepentingan rakyatnya. Kesemua tindakan yang dilakukan olehnya sehingga hari ini, yang diarahkan oleh beberapa buah kumpulan yang anti-agama, bermatlamat untuk menghancurkan Islam dan rakyat Iraq. Sebenarnya sepanjang Saddam berkuasa, nyawa penduduk Iraq dipenuhi dengan peperangan dan konflik. Hakikat bahawa semua itu dilancarkan terhadap negara-negara Islam membuktikan kepada kita bahawa terdapat kumpulan-kumpulan yang tidak mahu Islam wujud di muka bumi ini.

Setelah berjaya mengukuhkan kekuasaan, Saddam sering mewujudkan peperangan dan konflik. Pada tahun 1980, Saddam dengan sengaja menceroboh Iran tanpa sebab, dengan itu mencetuskan peperangan selama 8 tahun yang menyaksikan kematian ratusan ribu rakyat Iraq dan Iran. Dua tahun selepas peperangan tersebut berakhir, Saddam kemudian menyerang Kuwait tanpa sebab dan seterusnya membawa Perang Teluk pada 1991. Namun, kezaliman Saddam tidak terhad kepada negara-negara jiran, malah kepada rakyatnya juga. Sepanjang beliau berkuasa, mereka yang dilihat sebagai penentang dari kalangan rejim, kepelbagaian parti politik dan kumpulan etnik telah dikenakan pelbagai jenis azab. Pada tahun 1990, Newsweek telah membawa kisah tentang karekter fasis Saddam:

Para pengkritik memanggilnya raja zalim yang dahagakan darah - Penyembelih Baghdad. Saddam Hussein memerintah Iraq dengan sarung tangan besi, dibantu oleh pasukan askar yang berjuta-juta orang dan legion sebagai penyampai maklumat, pembunuh upahan, dan pendera. Saddam yang dikenali di seluruh Timur Tengah, sesungguhnya sangat kejam dalam usahanya mengejar kemasyhuran untuk dirinya dan juga negaranya. Beliau tidak teragak-agak untuk menggunakan gas beracun terhadap musuh dalaman dan luar.

Saddam telah menumpahkan darah ramai rakyat Iraq. Di akhir peperangan dengan Iran, 1 juta daripada 17 juta rakyat Iraq telah dibunuh atau cedera. Lebih sejuta rakyat lari dari negara itu disebabkan oleh faktor politik atau ekonomi. Pertubuhan hak asasi manusia yang berasaskan Washington, Pemerhati Timur Tengah menyatakan bahawa pengusiran paksa, penahanan dan hukuman tanpa sebarang sebab jenayah termasuklah penderaan dan pembunuhan "misteri" adalah di antara cara yang sering digunakan. Menurut Amnesti Antarabangsa, penderaan, termasuklah yang dilakukan ke atas kanak-kanak, melibatkan cara-cara seperti memanggang mangsa di atas api, mengerat hidung, peha, payudara dan alat kelamin, serta memaku badan.

Saddam menunjukkan sifat fasisnya ke atas rakyat dari pelbagai etnik pada tahun 1988 dalam pembunuhan beramai-ramai Halabja. Gas saraf telah digunakan bagi menentang penduduk awam Kurdish, dan ramai rakyat yang tidak bersalah mati dalam keadaan azab, tanpa ada perbezaan di antara bayi, orang tua, lelaki dan wanita. Amnesti Antarabangsa melaporkan bahawa 5,000 penduduk Kurdish mati dalam peristiwa itu, dan beberapa ribu lagi dalam serangan sama yang dijalankan di tempat-tempat lain di negara itu.

Penderaan yang dikenakan ke atas tahanan politik oleh rejim fasis Iraq adalah jauh lebih mengerikan. Seorang doktor yang lari dari negara itu telah menceritakan seperti berikut:

Saya adalah seorang doktor pelatih di sebuah hospital di bahagian selatan. Hanya doktor yang dapat melihat mereka yang dibawa dari penjara. Kebanyakan mereka hanyalah selonggok daging dan akan mati tidak lama lagi. Tiada seorang pun tahanan politik yang dapat hidup setelah melalui penderaan itu. Saya lari setelah saya menyedari saya akan ditangkap.


Malah, keluarga Saddam sendiri dan rakan sekerjanya juga tidak terlepas dari kekejamannya. Saudara tiri lelaki Saddam, Barzan Takriti dan anak lelakinya Uday telah lari ke Emiriah Arab Bersatu kerana takut dibunuh oleh Saddam. Dua orang anak menantu lelakinya, Hussein dan Saddam Kamel, melarikan diri ke Jordan pada 1995 juga kerana takutkan Saddam. Saddam kemudian memberi jaminan bahawa mereka tidak akan diancam dan memanggil mereka supaya kembali. Namun, apabila mereka kembali ke Baghdad, mereka telah dibunuh dengan segera, termasuklah bapa mereka sekali. Jasad ibu mereka yang dibunuh telah dijumpai kemudian.

Pemimpin Iraq ini menggertak para penentang rejim yang lari dari negara itu dengan menggunakan cara paling mengerikan. Sebagai contoh, Jeneral Najib Salihi lari ke Jordan pada 1995. Beliau mendedahkan bahawa rakaman video keluarga dan rakannya yang dirogol telah dihantar kepadanya, dan ini telah berlaku kepada ramai tokoh-tokoh penentang yang lain.

Seperti yang telah kita lihat dengan jelas melalui contoh-contoh tersebut, kekuasaan Saddam ke atas rakyat Iraq adalah berasaskan kepada gertakan, keganasan, penindasan dan penderaan. Rakyatnya sangat miskin dan menganggur disebabkan oleh polisi luar Iraq yang bersifat agresif dan bermusuhan. Polisi tersebut dicipta hanya untuk memenuhi ego Saddam semata-mata. Bayi-bayi mati disebabkan oleh kelaparan dan kekurangan ubat-ubatan. Walaupun Iraq kaya dengan sumber alamnya, namun ia sedang menuju ke arah kematian dan kepupusan.

Namun, di sini harus ditekankan bahawa keganasan bukanlah cara terbaik untuk menghalang mereka yang tidak bersalah dari terus berada di bawah kebuasan Saddam. Dalam peristiwa yang meng­gunakan polisi tersebut, rakyat Iraq yang tidak bersalah menderita lebih teruk berbanding Saddam. Tanpa ragu lagi bahawa rakyat yang tidak bersalah (kanak-kanak, wanita, orang tua, orang sakit) akan lebih menderita dalam mana-mana peperangan dan konflik. Mereka yang mempertahankan kenyataan bahawa kezaliman adalah penting bagi membebaskan rakyat Iraq harus lebih berhati-hati supaya tidak melakukan kesilapan yang serupa seperti Saddam sendiri. Dengan kata lain, mereka mesti mengelak sebarang cara yang mampu merosakkan negara dan membahayakan nyawa ribuan yang tidak bersalah.

RAYUAN HIPOKRIT SADDAM TERHADAP AGAMA

Satu ciri penting yang dilakukan Saddam ke atas rakyat Iraq ialah beliau bertindak dengan menggunakan topeng agama yang palsu. Saddam sering menggunakan stail keagamaan, yang ditujukan kepada rakyatnya, di dalam polisi-polisi dalaman dan luarnya, dan dalam tindakan yang direka untuk menipu seseorang. Inilah sebabnya mengapa beliau sering melakukan perkara-perkara yang dapat menunjukkan dirinya sebagai seorang yang mempertahankan dunia Islam, dan berusaha untuk mengambil peluang dalam sensitiviti keagamaan rakyat, seperti mana penambahan kalimah "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) ke dalam bendera Iraq sewaktu berlakunya Perang Teluk.

Melihat kepada kekejaman yang dilakukan olehnya sudah jelas memberitahu kita bahawa apa yang dilakukan oleh Saddam itu bukannya untuk agama Islam ataupun nilai-nilai Al-Quran. Allah telah memberitahu situasi sedemikian tentang mereka yang bersifat demikian di dalam ayat yang berikut:

Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa mereka sesungguhnya termasuk dari golonganmu; padahal mereka bukanlah dari golonganmu... (At-Taubah, 9:56)

Jelaslah bahawa Saddam bukanlah seorang pemimpin Islam sejati. Jelas bahawa segala tindakannya ditegah dalam Islam, dan sangat-sangat dikutuk. Sebagai contoh, rasisme memainkan peranan penting dalam tindak-tanduk Saddam di Iraq. Ramai rakyat yang tidak bersalah dibunuh dengan kejam, hanya disebabkan oleh asal-usul etnik mereka. Dalam pembunuhan beramai-ramai Halabja, Saddam mencatat sejarah apabila membunuh kira-kira 5,000 orang. Seperti para pemimpin fasis yang lain, Saddam mendakwa keturunan etniknya adalah jauh lebih hebat. Al-Quran walau bagaimanapun sudah menjelaskan bahawa kehebatan tidak terletak pada bangsa, warna kulit atau pun ciri-ciri yang lain. Ia sebenarnya terletak pada ketaatan dan keimanan seseorang kepada Allah. Rasisme di sebaliknya, telah diterangkan di dalam ayat yang berikut:

Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan Jahiliah, lalu Allah menurunkan ketenangan kepada rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa, dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Al-Fath, 48:26)

Allah telah menjadikan manusia dalam pelbagai jenis bangsa dan warna kulit. Manusia adalah makhluk yang lemah, sangat bergantung kepada Allah. Jadi tiada seorang pun yang boleh mendakwa mereka lebih hebat berbanding orang lain atau bangsa lain. Di saat-saat kematian, di waktu Hari Pengadilan ataupun di Hari Akhirat kelak, perkara-perkara seperti bangsa tidak berguna sama sekali. Pada waktu itu, tiada seorang pun yang boleh meminta bantuan orang lain tentang bangsa atau asal-usulnya. Mereka yang sekarang bertindak dengan buas disebabkan oleh faktor bangsa, membunuh dan membakar manusia hidup-hidup, akan menyedari pada hari itu bahawa diri mereka sebenarnya sangat lemah dan tidak berdaya, tanpa mengira apakah bangsa mereka. Satu ayat telah menerangkan tentangnya ketika Hari Pengadilan kelak:

Apabila sangkakala ditiup, maka tiada lagi pertalian saudara di antara mereka pada hari itu, dan tidak pula mereka saling bertanya. (Al-Mukminun, 23:101)

Di samping rasisme, Saddam turut mempercayai fasisme. Beliau mengenakan penindasan fasis terhadap rakyatnya sendiri, dan seperti juga Hitler dan Mussolini, Saddam mendakwa peperangan adalah satu sifat yang suci. Padahal ia sangat berjauhan dengan kehendak al-Quran. Memulakan peperangan tanpa sebab adalah sangat dikeji oleh al-Quran dan ia adalah berdosa besar. Apa yang telah Allah firmankan kepada kaum Bani Israel yang enggan mempercayai kewujudan-Nya dapat ditujukan kepada semua mereka yang jahat dan keji: "...setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah mema­dam­kannya dan mereka melakukan kerosakan di muka bumi. Dan Allah tidak menyukai mereka yang melakukan kerosakan." (Al-Maaidah, 5:64)

Secara ringkas sejak tahun 1970-an, umat Islam Iraq sudah berada di bawah kepimpinan kejam seorang diktator yang sudah jauh dari nilai ajaran moral yang terdapat di dalam al-Quran. Saddam adalah seorang yang bersifat perkauman dan taksub kepada ke­tu­ru­nan. Beliau tidak teragak-agak untuk membunuh ratusan ribu nyawa yang tidak bersalah semata-mata untuk memenuhi nafsunya, dan beliau seronok melihat kekejaman dan penderaan. Di samping itu, ke­ba­nyakan dari mereka tidak menyedari apa yang sedang berlaku, di­se­babkan oleh propaganda berterusan yang dilancarkan. Tindakan me­nye­lamatkan umat Islam dari tangan Saddam, atau dari mana-mana dik­tator yang mungkin memerintah Baghdad selepasnya, bergantung kepada kekuatan ideologi dan material dunia Islam, iaitu meng­amal­kan ajaran al-Quran dengan sepenuhnya, dan dengan memusnahkan ideologi fasis yang cuba beroperasi di bawah topeng Islam.

AFGHANISTAN

ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN ERA KEBANGKITAN ISLAM
PERANG SAUDARA YANG BERTERUSAN DI SEBABKAN KEBUASAN KOMUNIS
Sembilan puluh sembilan peratus daripada populasi Afghanistan beragama Islam. Negara ini bertemu dengan agama Islam ketika zaman khalifah Uthman. Ia kemudian jatuh ke tangan Samanids pada penggal kedua abad ke-9, seterusnya diperintah oleh Ghaz­navids. Wilayah Afghanistan kemudian dikuasai oleh Moghul India, dan selepas itu sering-kali bertukar tangan sehinggalah menjelang aba ke-18.


Nadir Shah, yang menaiki takhta Iran pada tahun 1736, telah memasukkan Afgha­nistan ke dalam wilayah miliknya dalam masa beberapa tahun sahaja. Selepas beliau dibunuh dalam satu siri kebangkitan, empayar yang ditubuhkannya dengan cepat dimusnahkan oleh konflik dalamannya sendiri. Komander Penga­wal, Ahmad Abdali kemudian dipilih oleh pelbagai suku kaum sebagai Shah, dan akhirnya berupaya menjadikan seluruh negara berada di bawah kekuasaannya. Beliau memerintah dengan menggunakan nama Ahmad Shah Durrani. Wilaya-wilayah miliknya bermula dari Kashmir ke Delhi, dan dari Sungai Amu Darya (Oxus) ke Oman, dan ia menjadi sangat eks­tensif yang mana Empayar Afghanistan adalah kerajaan Islam kedua terbesar di dunia pada penggal kedua abad ke-18, selepas Empayar Turki Uthmaniyyah.

Usia empayar ter­sebut tidak lama, ia kemu­diannya terjebak dalam kancah perang saudara. Kuasa British mengambil peluang sewaktu ke­bi­ngu­ngan sedang melanda Afgha­nistan. Selepas itu, negara ini gagal mem­bentuk sebuah kerajaan yang kekal lama di­sebab­kan oleh campur tangan Britain dan Rusia, dan men­derita akibat konflik-konflik dalaman yang ber­laku. Muhammad Nadir Khan, yang mula berkuasa pada 1929, berjaya menstabilkan keadaan buat beberapa ketika, namun Rusia terus menjaga tepi kain Afghanistan dan cuba untuk mendominasi pentadbirannya. Perhubungan kedua-dua negara ini sangat rapat, sehinggakan Afghanistan menjadi negara pertama yang mengiktiraf rejim komunis Bolshevik di Rusia.
Pada 1973, Kesatuan Soviet telah melakukan rampasan kuasa di Afghanistan. Zahir Shah yang pro-Barat telah disingkirkan dan Daud Khan (Muhammad Daud) telah mengambil alih tampuk pemerintahan. Selepas itu, para pegawai Marxis mula mempengaruhi sistem pentadbiran Afghanistan dan mereka menjawat jawatan-jawatan penting. Daud Khan berharap untuk melepaskan diri dari pengaruh Rusia dan mahu mewujudkan sebuah negara Islam. Perjanjian yang dibuat olehnya dengan Pakistan telah membuatkan pertubuhan-pertubuhan komunis domestik melakukan kekerasan. Adalah sesuatu yang jelas bahawa polisi yang mirip kepada sebuah negara Islam akan mencetuskan provokasi kepada Rusia. Pada 1978, para jeneral Marxis dalam pasukan tentera dan beberapa penduduk awam komunis telah melakukan rampasan kuasa oleh Rusia. Kesemua ahli keluarga Daud Khan dan mereka yang terdekat telah dihapuskan. Perancang rampasan kuasa itu telah mengumumkan bahawa mereka akan memerintah Afghanistan dengan sebuah rejim komunis, dan mereka akan memulakan perang habis-habisan menentang agama. Buku Hitam Komunisme (The Black Book of Communism) telah men­ceritakan tentang kebencian komunis terhadap amalan beragama:

Red Army menceroboh Afghanistan pada 1979, dan berada di dalamnya sebagai kuasa penjajah selama sedekad. Bagi rakyat Afghanistan, penjajahan begitu sinonim dengan pembunuhan beramai-ramai, penindasan, kezaliman dan penderaan.

Tidak berapa lama selepas itu, kerajaan memulakan kempen menentang agama. Al-Quran telah dibakar di hadapan umum, para imam dan pemimpin agama telah ditangkap dan dibunuh. Pada malam 6 Januari 1979, kesemua 130 orang lelaki dari suku Mojaddedi, kumpulan peneraju Syiah, telah dibunuh secara beramai-ramai. Kesemua amalan-amalan keagamaan telah diharamkan.

Kumpulan komunis Afghanistan adalah alat yang dipergunakan oleh Kesatuan Soviet. Mereka bertindak di bawah arahan "penasihat" dari Moscow, dan menjalankan pembunuhan beramai-ramai ke atas bangsa mereka sendiri, seperti yang ditunjukkan oleh angka di bawah. Mereka telah melakukan kedahsyatan walaupun hanya berkuasa dalam masa yang singkat:

[Cendekiawan Afghanistan] Michael Barry telah menceritakan satu insiden berikut: "Pada Mac 1979...1,700 orang dewasa dan kanak-kanak, keseluruhan populasi lelaki di perkampungan [Kerala], telah dikumpulkan di bandar dan ditembak dengan senjata mesin-gun. Mereka yang mati dan yang hampir mati dicampakkan ke dalam tiga buah kubur besar dan ditimbus dengan menggunakan buldozer. Buat beberapa ketika selepas itu, wanita-wanita masih boleh melihat tanah bergerak sedikit kerana mereka yang cedera cuba untuk melepaskan diri, namun tidak lama selepas itu tidak wujud lagi sebarang pergerakan. Semua wanita lari ke Pakistan..." Pada masa yang sama, keganasan berlaku di Kabul. Penjara Pol-e-Charki, di bahagian timur pinggir bandar, dijadikan pusat tahanan. Seperti yang diterangkan oleh Sayyed Abdullah, seorang pengarah penjara, menerangkan kepada mereka yang dipenjara seperti berikut: "Kamu semua yang berada di sini akan ditukar menjadi satu longgokan sampah."
PERIUK API RED ARMY MASIH MAHUKAN KORBAN


Sesungguhnya mereka yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa hak, dan membunuh manusia yang meyeru kepada keadilan, khabarkanlah berita azab yang pedih.
(Ali ‘Imran, 3:21)

Di dalam bukunya Le Résistance Afghane (Penentangan Afghanistan), Micheal Barry telah menerangkan praktis-praktis lain yang dikenakan ke atas para tahanan:
Penderaan adalah sesuatu yang lazim; bentuk yang paling ngeri termasuklah ditanam hidup-hidup di dalam tandas. Beratus tahanan dibunuh setiap malam, dan mereka yang mati dan hampir mati ditanam dengan menggunakan buldozer. Kaedah Stalin yang menghukum keseluruhan etnik disebabkan oleh kesalahan sebilangan kecil ahlinya telah diguna pakai. Ia membawa kepada penahanan 300 orang dari kumpulan etnik Hazaras pada 15 Ogos 1979. Mereka didakwa menyokong tindakan penentangan. "150 orang daripada mereka telah ditanam hidup-hidup oleh buldozer, dan yang bakinya telah disimbah dengan gasolin dan kemudiannya dibakar hidup-hidup." Pada September 1979, pihak berkuasa penjara mengaku bahawa kira-kira 12,000 orang tahanan telah dihapuskan. Pengarah Pol-e-Charki memberitahu kepada sesiapa sahaja yang mahu dengar: "Kami akan meninggalkan 1 juta rakyat Afghanistan sahaja - yang kami perlukan untuk membangunkan sosialisme."

Kesemua yang dilakukan itu adalah berdasarkan arahan yang diterima dari Moscow. Sebenarnya, segala kekacauan di Afghanistan sudah dirancang terlebih dahulu oleh Kesatuan Soviet. Rejim Soviet telah memutuskan untuk menubuhkan komunis di Afghanistan melalui rampasan kuasa dan kemudian menguasai keseluruhan negara dengan alasan untuk mempertahankan sebuah rejim yang kononnya didakwa sebagai "demokratik." Seperti yang telah dipersetujui oleh ramai sejarawan, adalah satu hakikat bahawa komunis melihat kebangkitan pantas Islam sebagai satu ancaman yang membuatkan Moscow tidak teragak-agak mengambil langkah sedemikian rupa.

JUMLAH PELARIAN AFGHANISTAN
1979: Seramai 600,000: 400,000 lari ke Pakistan dan 200,000 ke Iran
1980: 1.9 juta ke pelbagai negara
1983: 9 juta: 5.6 juta ke Pakistan, 3.4 juta ke Iran
1990: 6.2 juta: 3.3 juta ke Pakistan, 2.9 juta ke Iran

Akhirnya pada 27 Disember 1979, pasukan Red Army men­jadikan tentangan dari pasukan mujahidin Islam terhadap rejim komunis di Afghanistan sebagai alasan yang membolehkan mereka menakluki negara tersebut. Kebuasan yang dilakukan ke atas penduduk Afghanistan bertambah setiap hari.

Pasukan Red Army terus berada di negara tersebut selama 10 hari genap. Ia cuba untuk tidak mempedulikan tentangan ber­justifikasi oleh puak mujahidin dengan melakukan kekejaman dan kebuasan yang sangat kejam dan dahsyat. Seorang pejuang Afghanistan menggambarkan cara yang dilakukan oleh pihak Red Army:

Pihak Soviet telah menyerang setiap rumah, merampas dan merogol wanita. Barbarisme adalah lebih teruk berbanding yang disangka, dan kelihatan seperti telah dirancang. Mereka tahu bahawa dengan berbuat demikian, mereka memusnahkan asas-asas ke­masyarakatan kita.

Pasukan Tentera Soviet telah menggunakan cara paling keji dalam usaha menghapuskan umat Islam Afghanistan: periuk api direka seperti bentuk mainan supaya kanak-kanak Afghanistan meng­ambilnya dengan tidak sengaja, kumpulan gerila yang ditahan didera dengan sekejam-kejamnya, dan penduduk awam dibom dengan sengaja. Mereka lebih gemar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap keseluruhan kampung, berbanding membunuh mereka satu demi satu.

Di dalam satu temu bual, Felix Ermacora, seorang pelapor khas di Afghanistan untuk Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB, menegaskan bahawa PBB sedang mengawal kebuasan Rusia di Afghanistan. Dengan merujuk kepada peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Laghman yang dilakukan oleh Rusia, Ermacora memberitahu bahawa kesemua kampung di bandar tersebut yang terletak di bahagian Timur Laut Kabul, telah hilang dari peta. Di daerah Karga sahaja, 1,500 penduduk telah dibunuh, terutamanya kanak-kanak dan wanita. Kesemua haiwan dibunuh, termasuklah anjing. Kesemua rumah kediaman telah dirompak, dan teh serta gula di bahagian dapur telah diambil. Tentera Red Army telah melanggar rumah-rumah dengan menggunakan kereta kebal, yang mana mereka mengetahui terdapat kanak-kanak dan wanita yang sedang berlindung di dalamnya. Beberapa bahagian badan dapat dilihat di celah-celah tayar kereta kebal.

“Selama dua tahun yang lepas, kemarau telah menyebabkan haiwan kelaparan dan sungai-sungai kering-kontang. Rakyat terpaksa menggunakan simpanan makanan mereka yang terakhir. Berdasarkan kepada pertubuhan-pertubuhan bantuan kemanusiaan, lebih dari 700,000 orang – kira-kira 4% rakyat Afghanistan – telah berpindah ke bandar-bandar besar dan melintasi sempadan Iran dan Pakistan. Lebih sejuta orang bergelut dengan kelaparan. Afghanistan dilanda peperangan sejak 24 tahun yang lepas. Walaupun kelaparan tidak menjadi-jadi, namun 1 dari 4 kanak-kanak bawah lima tahun mati dan jangkaan hayat cuma 44 tahun. Apabila suhu mula naik, berlaku masalah kesihatan dan air. Kita akan berhadapan dengan kolera, batuk kering dan penyakit-penyakit lain.” (Barry Bearak, Courrier International, 22.03.2001, No. 542)

Di akhir penjajahan Soviet selama sedekad itu, berpuluh-puluh ribu orang telah dibunuh, dan ramai juga yang mendapat kecacatan. Afghanistan menjadi negara pengimport utama anggota badan palsu berbanding negara-negara lain di dunia ini. Periuk api askar Red Army telah merampas berpuluh-puluh ribu anggota badan seperti tangan dan kaki rakyat Afghanistan.

Selepas Soviet berundur, Afghanistan menjadi kacau-bilau dan perang saudara bermula.
Taliban yang mula memegang tampuk kuasa pada tahun 1998 sebenarnya telah meningkatkan lagi ketegangan sosial dan kemiskinan di negara tersebut dengan mewujudkan sebuah rejim yang sangat tegas dan ketat. Kami berharap agar rejim baru yang dibentuk selepas tumbangnya Taliban dapat menghentikan kezaliman dan kemiskinan yang semakin menjadi-jadi berikutan provokasi Moscow pada tahun 1970-an, diikuti pula dengan penjajahan Soviet.

SOMALIA

ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN ERA KEBANGKITAN ISLAM
NEGARA MISKIN DI TENGAH-TENGAH PERANG SAUDARA
Apabila nama Somalia disebut, kebanyakan manusia memikirkan tentang musibah-musibah dahsyat yang dipetik dari laporan-laporan akhbar dan juga televisyen: kebuluran yang dideritai oleh jutaan rakyatnya, penyakit epidemik seperti kolera, kemarau, konflik saudara, peperangan suku kaum, ketidakstabilan politik - kesemuanya ini adalah penyakit-penyakit yang menjadi se­bahagian daripada kehidupan orang-orang Somalia. Bantuan dari badan-badan ke­manu­siaan masih tidak dapat menyelesaikan situasi getir yang sedang menimpa penduduk di situ, dan ia hanya dapat melegakan masalah dalam jangka masa pendek. Campur tangan politik yang beralasan untuk membina semula ke­damaian dan keselamatan, sebenarnya hanya meningkatkan lagi kekacauan dan konflik yang sedia ada.

Faktor asas yang membawa kepada ke­kacauan di Somalia bermula sejak detik pertama era kolonialisme. Somalia mula ber­temu dengan dunia Islam apabila umat Islam bermigrasi ke Abyssinia bertujuan untuk lari dari para penyembah berhala di Mekah. Ia telah dijajah oleh British pada abad ke-19. Selepas tempoh tersebut, Somalia menjadi sebuah medan peperangan yang tidak pernah tamat, kebuluran dan juga penyakit. Pada tahun 1884, pihak British menakluk utara Somalia, dan Itali pula menakluk bahagian selatan pada 1887, dan se­perti mana yang telah ber­laku di kebanyakan ne­gara Islam lain, ia membawa kepada zaman yang penuh dengan kezaliman dan pe­nin­­dasan.

Setelah melalui zaman kolonialisme yang panjang, Somalia akhirnya merdeka pada tahun 1960, dan Aden Abdullah dilantik menjadi presiden. Walau bagai­mana­pun, penubuhan sebuah sistem pentadbiran yang adil dan stabil tidak di­benarkan. Jeneral Moham­med Siad Barre mengambil alih negara tersebut dalam satu siri rampasan kuasa ketenteraan pada tahun 1969, dan semua parti politik dihapuskan. Barre melihat Islam sebagai halangan utama kepada sistem sosialis yang mahu di­laksanakannya. Oleh yang demikian, Barre telah mengharamkan segala buku-buku, majalah-majalah dan akhbar-akhbar yang Islamik. Ramai golongan-golongan intelek dan ulama Islam yang menentang polisi tersebut telah dihukum di bawah arahan Barre.

Barre lari meninggalkan Somalia apabila pergaduhan tercetus pada 1991, dan terjadilah perang saudara yang besar. Kira-kira sejuta orang yang kebanyakannya umat Islam Somalia terpaksa berpindah ke beberapa buah negara-negara Afrika yang lain.
KEBULURAN DI SATU BAHAGIAN..

Kebuluran, penyakit-penyakit epidemik seperti kolera, kemarau, konflik dalaman, peperangan suku kaum dan ketidakstabilan politik yang dideritai oleh jutaan rakyat telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan seharian di Somalia. Bantuan yang dihulurkan oleh pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan gagal menyelesaikan kesusahan rakyat. 75 peratus rakyat Somalia menderita disebabkan kekurangan zat makanan.

Di bawah resolusi Perhimpunan Umum PBB 1992, 30,000 orang dari pasukan askar PBB di bawah arahan Amerika Syarikat telah diletakkan di situ. PBB memasuki negara tersebut disebabkan protes yang meningkat dari masyarakat tempatan, dan telah meninggalkan negara tersebut pada 1994. Mereka menyebabkan lebih 7,000 orang mati, dan juga menjadikan kekacauan yang lebih teruk di Somalia.

Pada hari ini, peperangan saudara yang berlaku di antara pelbagai suku kaum diteruskan dengan pelbagai cara, dan bilangan mereka yang mati setiap hari semakin bertambah. Masalah kritikal yang sedang dihadapi negara ini ialah kira-kira 8 juta penduduk berada dalam kelaparan dan kemiskinan. Berdasarkan laporan Pertubuhan Pertanian dan Makanan PBB (FAO) tahun 2000, 75 peratus rakyat Somalia mengalami kekurangan zat, dan banjir berterusan mempengaruhi negara tersebut dengan membawanya ke arah kebuluran yang sangat dahsyat.

Harus diingat bahawa berbeza dengan pandangan umum masyarakat dunia, masalah kelaparan sebenarnya boleh diatasi. Pembahagian secara adil sumber-sumber kekayaan bumi, sumber-sumber teknologi negara-negara kaya yang digunakan di serata dunia, dan menghalang penggunaan lebihan hasil keluaran dan sebaliknya menggunakannya untuk tujuan membantu, adalah beberapa langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi menolong mereka di Somalia. Walau bagaimanapun, apa yang terselindung di sebalik kegagalan dalam usaha menyelesaikan masalah seperti kebuluran dan wabak penyakit pada hari ini ialah kebejatan masalah moral seperti pentingkan diri sendiri, tamak dan tidak peduli.

Budaya tidak beragama yang sedang mendominasi dunia hari ini memandu manusia ke arah sikap pentingkan diri sendiri. Akibatnya mereka enggan berkorban dan berusaha untuk menolong insan yang memerlukan. Budaya ini secara umumnya mencipta dua buah masyarakat yang berbeza: terlampau kaya dan terlampau miskin. Al-Quran telah menerangkan kisah mereka yang enggan memberikan makan kepada orang-orang yang lapar dan memerlukan seperti berikut:

Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak meng­anjurkan memberi makan kepada orang miskin. (Al-Maa'uun, 107:1-3)
Atas sebab itulah, usaha menyelamatkan dunia ini tidak terletak pada bahu orang-orang yang mendustakan agama, tetapi terletak pada bahu kerajaan yang sangat patuh kepada agama dan memerintah dengan adil. Jika Islam boleh menjadi lebih kuat dan seterusnya menguasai dunia ini, ia akan menjadi penyelamat bukan sahaja kepada umat Islam yang ditindas, tetapi juga kepada seluruh manusia yang ditindas di serata dunia.

.DAN BANTUAN PBB PULA..
Pasukan PBB yang datang menghulurkan bantuan di Somalia berubah menjadi zalim, membakar rakyat jelata dan mendera mereka. Rakyat Somalia hilang kepercayaan kepada askar-askar asing yang menyerang mereka dan tidak pula menghulurkan bantuan yang diharap-harapkan.

ALGERIA

ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN ERA KEBANGKITAN ISLAM
Peristiwa Berdarah Ekoran Dari Kekejaman dan Penindasan yang Tidak Berkesudahan
Algeria telah menikmati kehidupan yang selesa di bawah penyebaran Islam di Afrika Utara, namun telah di­musnah­kan oleh kekacauan politik dan sosial selama beberapa tahun sehingga sekarang. Punca kepada konflik yang berlaku di Algeria, yang mana dunia sudah pun mendengarnya sejak sedekad yang lalu, bermula sejak lama dahulu.
PENDUDUKAN PERANCIS DI ALGERIA
Algeria berada dalam keadaan aman damai semasa pemerintahan Turki Uthmaniyyah dari abad ke-16 sehinggalah abad ke-19. Walau bagaimanapun, apabila Empayar Turki Uthma­niyyah mula hancur, kuasa-kuasa kolonial mula membahagi-bahagikan dunia Islam. Salah satu daripadanya adalah Algeria. Pada 1827, tentera Perancis seramai 37,000 menceroboh negara tersebut. Setelah tiga tahun perang tersebut tercetus, keseluruhan negara tersebut jatuh ke tangan Perancis. Algeria menjadi begitu penting kepada Perancis kerana memiliki takungan minyak yang besar dan menjadi posisi strategik sebagai pelabuhan di Mediterranean. Negara itu kemudian secara rasmi menjadi milik Perancis pada tahun 1830, dan kekal berada dalam koloni Perancis selama 132 tahun yang berikut­nya.

Sejajar dengan panda­ngan para pengkoloni yang lain, Perancis melihat bangsa selain dari mereka sebagai manusia kelas ke­dua. Dengan itu, tertubuhlah sistem yang berasaskan teka­nan dan keganasan di kesemua tanah jajahan yang mereka miliki. Kempen asimilasi budaya bermula. Mula-mula sekali, per­caka­pan dan pengajaran bahasa Arab diharamkan. Bahasa Perancis menjadi bahasa rasmi. Polisi ini bertujuan untuk menghapuskan iden­titi kebangsaan dan warisan kebudayaan rakyat Algeria. Selepas itu, Algeria dijadikan supaya bergantung sepenuhnya kepada Perancis dari segi ekonomi, dan struktur politiknya telah dirombak supaya bersesuaian dengan kepentingan Perancis.

Penentangan Algeria yang pertama terhadap penjajahan Perancis dimulakan oleh Abdul Kader, iaitu gabenor Mascara pada tahun 1832. Beribu-ribu umat Islam Algeria telah dibunuh dalam penentangan tersebut, dan Perancis telah menakluki keseluruhan negara itu. Sepanjang tempoh selepas tercetusnya pemberontakan, tiada sebarang kuasa yang mampu mengawal kemarahan rakyat terhadap penjajah. Banyak pergerakan-pergerakan menuntut kemerdekaan yang diinspirasikan oleh polisi-polisi keganasan dan penindasan, telah ditundukkan oleh Perancis. Ini menjadikan Perancis terus berkuasa di negara tersebut sehingga pertengahan abad ke-20.
Dengan tercetusnya Perang Dunia II, era baru muncul di Algeria. Nazi Jerman telah menawan Perancis dan kemudian Algeria. Ramai pecinta tanah air Algeria yang ditahan oleh Jerman, kebanyakan mereka dibunuh atau di hantar ke kem-kem tahanan. Apabila Kuasa Bersekutu (Pent: Kuasa Bersekutu terdiri daripada negara Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat) berjaya menamatkan penjajahan Jerman (Pent: Jerman adalah dari Kuasa Paksi. Terdapat dua lagi buah negara yang menganggotai Kuasa Paksi, iaitu Itali dan Jepun) pada 1942, para ilmuwan Algeria membayangkan satu permulaan baru dan kedatangan sistem demokratik di Algeria. Namun, akhirnya mereka menyedari dengan cepat bahawa mereka telah silap perkiraan. Pada 1943, satu kumpulan yang dipimpin oleh Ferhat Abbas mencadangkan kepada Kuasa Bersekutu bahawa kolonialisme mesti ditamatkan supaya sebuah negara merdeka dapat ditubuhkan sebaik sahaja perang tamat, dengan sebuah Perlembagaan baru, termasuklah bahawa rakyat Algeria mesti men­tadbir negara mereka sendiri dan mereka yang dipenjarakan disebabkan kepercayaan mereka mesti dibebaskan. Rakyat Algeria yang telah berjuang bersama-sama dengan Kuasa Bersekutu menganggap bahawa permintaan mereka akan dipenuhi. Namun, ia telah ditolak. Di samping itu, corak pembunuh yang baru menyusul tidak lama selepas itu.
Apabila ramai rakyat yang berkumpul sewaktu pengibaran bendera Algeria pada 8 Mei 1945, sebagai meraikan tamatnya peperangan, ia telah diganti dengan pertumpahan darah yang amat mengerikan. Askar Perancis telah melepas tembakan kepada mereka yang membawa bendera Algeria, dan 40 orang telah dibunuh dengan begitu kejam. Peristiwa ini mendapat reaksi umat Islam yang tinggal di kawasan lain. Penentangan meningkat, dan Perancis bertindak-balas dengan menggunakan kekuatan yang lebih besar. Unit-unit tentera mula melepaskan tembakan kepada masyarakat awam secara rambang. Akibatnya, berdasarkan kepada sumber kerajaan Amerika, kira-kira 45,000 umat Islam mati dalam pembunuhan yang dilancarkan. Ramai juga yang cedera. Insiden ini, yang dikenali sebagai Pembunuhan Beramai-ramai Setif, telah diikuti oleh tindakan-tindakan lain oleh rejim Perancis. Segala aktiviti politik diharamkan. Beribu-ribu rakyat Algeria ditahan tanpa ada sebarang justifikasi. Algeria menerima satu lagi penderitaamm daripada kekejaman kuasa kolonialis.
Dekad yang berikutnya selepas Pembunuhan Beramai-ramai Setif, pergerakan-pergerakan menuntut kemerdekaan menjadi semakin matang. Notis yang dikeluarkan oleh mereka pada 1 November 1954, telah menyeru rakyat Algeria supaya bangkit bagi mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan. Pelindung Pembebasan Kebangsaan (FLN) dan Tentera Pembebasan Kebangsaan (ALN), yang diasaskan pada tahun yang sama, telah mengepalai pergerakan kemerdekaan. FLN bukan sebuah pergerakan homogenus (Pent: iaitu tidak dianggotai oleh satu kaum atau satu parti politik sahaja), dan mereka yang datang dari pelbagai latar politik berkumpul di dalamnya. Pergerakan tersebut telah bermesyuarat di Kaherah pada September 1958, dan seterusnya membentuk kerajaan sementara Algeria.

Umat Islam Algeria yang menentang pendudukan Perancis telah dihapuskan dengan menggunakan kereta kebal, senapang dan penderaan. Perjuangan menuntut kemerdekaan selama 7 setengah tahun daripada kolonial Perancis telah meninggalkan sebuah tragedi berdarah: Askar-askar Perancis telah membunuh 1.5 juta rakyat Algeria yang tidak bersenjata dengan menggunakan senjata-senjata berat. Selepas kemerdekaan, kerajaan Algeria berdiri setelah Perancis pergi.

Perancis sudah tentu tidak mahu kehilangan Algeria yang kaya dengan simpanan minyak dan gas aslinya. Potensi kemunculan sebuah negara Islam yang kaya dengan sumber asli telah membuatkan Perancis dan negara-negara lain yang anti-Islam berasa tidak selesa. Perancis menjangka bahawa perkembangan seperti itu akan membawa kesan domino kepada negara-negara Islam lain di Afrika, dan dengan itu terjadilah pembunuhan yang berikutnya. Banyak perkampungan yang dibakar oleh Perancis, sekolah-sekolah dan masjid-masjid dirobohkan, sehinggalah Algeria mengisytiharkan kemerdekaannya. Sepanjang tempoh tersebut, yang menyaksikan ribuan nyawa melayang, Perancis masih terus memusnahkan tanaman rakyat Algeria dan juga turut membunuh haiwan ternakan mereka. Kira-kira 400,000 batang pokok anggur yang dimusnahkan dan ribuan haiwan dibunuh.

Walau bagaimanapun, Perancis akhirnya menerima kehendak rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan, walaupun sebenarnya Perancis tidak pernah teragak-agak untuk membunuh rakyat, wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak bersalah. Pada 1959, Presiden Perancis de Gaulle mengumumkan di dalam ucapannya di PBB bahawa beliau telah mengisytiharkan kemerdekaan Algeria. FLN dan Perancis telah mengisytiharkan genjatan senjata melalui Perjanjian Evian, dan Algeria akhirnya mendapat kemedekaan pada tahun 1962. Perjuangan menuntut kemerdekaan daripada Perancis selama lebih kurang tujuh setengah tahun menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Algeria mati.

Keganasan yang dilakukan oleh Perancis adalah satu pengesahan sadis tentang sifat-sifat mereka yang tidak beriman dan suka pula melakukan kerosakan seperti mana yang tercatat di dalam al-Quran. Mencederakan manusia yang tidak bersenjata sewaktu peperangan, menyebabkan kebuluran yang menjadikan mereka sukar untuk meneruskan kehidupan, dan membiarkan mereka dalam kemiskinan adalah tindak-tanduk rejim-rejim kejam yang berlaku sepanjang sejarah manusia:

Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia berjalan di bumi untuk melakukan kerosakan, dan merosakkan tanam-tanaman dan binatang tenakan, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. (Al-Baqarah, 2:205)
Kita tidak boleh lupa bahawa mereka yang melakukan perkara sedemikian rupa di dunia ini akan membayar harganya di akhirat kelak. Al-Quran telah memberitahu umat Islam tentang berita gembira ini:
Negeri Akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak mahu menyombongkan diri dan membuat keroskan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Qashash, 28:83)
PENYEKSAAN RAKYAT ALGERIA DI DALANGI PERANCIS
Polisi penindasan penuh kejam yang dilakukan Perancis sepanjang berlakunya Perang Algeria untuk mendapatkan kemerdekaan telah dikutuk sehebat-hebatnya oleh ramai cendekiawan Perancis, dan inisiatif penduduk awam telah dilakukan bagi menghentikan penindasan yang berlaku. Keganasan ini yang dipercayai telah menjadi titik hitam dalam sejarah manusia apabila Algeria akhirnya berjaya mendapat kemerdekaan, namun telah dimasukkan ke dalam agenda semula oleh komander-komander yang bertugas di Algeria ketika itu.
Polisi pentadbiran Perancis di Algeria telah diterangkan secara ringkas dan jelas oleh Jacques Massu, pemerintah komander kecemasan ketika itu:
Seksa? Sudah tentu kami seksa. Beberapa badan telah membuatkan ia sukar bagi kami. Tapi bagaimana anda boleh jangka yang kami akan melakukan tindakan yang berbeza?
Malah ada juga kenyataan yang lebih mengerikan. Ia adalah luahan dari Jacques Duquesne, seorang koresponden La Croix ketika itu:

Soalan-soalan tentang penyeksaan dan kehilangan sering menghujani minda anda. Lelaki dan kadang-kala wanita ditahan, dan tiada khabar yang didengari tentang mereka selepas itu. Amalan mengikat badan dengan batu dan kemudian menghumbankannya ke laut sudah diketahui ramai. Bilangannya secara umum adalah 3,000 orang, walaupun Datuk Bandar Algeirs Jacques Chevallier menyatakan angkanya adalah sekitar 5,000 orang. Di antara kaedah-kaedah pencerobohan yang dilakukan oleh pasukan askar Perancis adalah merogol dan memusnahkan keseluruhan kampung. Seorang askar telah memberitahu bagaimana dia sebagai pembantu perubatan terpaksa merawat penduduk setiap pagi yang mana pada waktu malamnya mereka telah diseksa oleh askar dari unitnya sendiri. Teknik paling popular ialah dengan mengenakan arus elektrik di bahagian tubuh badan, kadang-kala pada bahagian kemaluan wanita. Cara penyeksaan yang lain adalah untuk membunuh. Para mangsa akan disumbat dengan paip getah di mulutnya dan kemudian pili air dibuka, atau kuku di tangan dicabut, atau kepala mereka direndamkan ke dalam takungan yang dipenuhi air, atau mereka digantung selama berjam-jam pada bahagian pergelangan tangan yang mana kaki mereka hampir tidak mencecah lantai. Terdapat juga kaedah-kaedah yang lain. Ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk menulis kesemuanya. Saya hanya mengulangi beberapa bahagian yang saya tahu.
APAKAH YANG BERUBAH DENGAN KEMERDEKAAN?
Algeria berjaya mencapai kemerdekaannya pada 1962, walaupun hanya sedikit perubahan berlaku kepada umat Islam. Dengan deklarasi kemerdekaan, FLN mahukan kuasa dan membentuk sebuah organisasi yang terikat secara rahsia dengan Perancis. Dengan mengikut tradisi yang sering dilihat di dalam dunia Islam pada abad ke-20, parti akan membentuk rejim penindas. Para pemimpin rejim tersebut telah mengeksploitasi kekayaan sumber alam sewaktu mereka berkuasa. Rakyat menjadi semakin miskin sewaktu para pemimpin FLN dan penyokongnya menikmati kemewahan. Pada tahun 1990-anan, kadar pengangguran meningkat kepada 70 peratus. Walau bagaimanapun, segala tekanan dan eksploitasi yang dikenakan ke atas umat telah mewujudkan benih-benih kemusnahan rejim itu sendiri.

Askar-askar Perancis bermegah dengan pembunuhan yang dilakukan, dan tidak pernah berasa bersalah atas kekejaman yang dilakukan. Gambar-gambar berikut diambil di hadapan rakyat Algeria yang dibunuh di kawasan Ain Beida, dan kemudian dipaparkan di dalam akhbar-akhbar.
Segala perkembangan tersebut menjadikan Algeria penuh dengan demonstrasi, boikot dan protes untuk rakyat melepaskan ke­marahannya. Semakin banyak suara-suara yang menuntut kebebasan dan juga sistem multi-parti bagi menggantikan sistem satu parti yang sedia ada. Akhirnya pada tahun 1989, sistem multi-parti telah dibentuk.

Pilihan raya umum telah diadakan pada 26 Disember 1991. Terdapat dua kali pengundian bertulis, dan keputusannya telah diumumkan pada 30 Disember. Barisan Penyelamat Islam (FIS) telah berjaya mendapat majoriti kerana memenangi 188 daripada 232 kerusi di parlimen. FLN yang memerintah ketika itu hanya berjaya mendapat 15 kerusi. Pusingan kedua turut dilihat akan memberikan keputusan yang serupa. FIS dilihat sudah pasti akan memenangi pilihan raya itu.

Namun demikian, rejim penindas di negara tersebut tidak akan membiarkan ia berlaku. Pasukan askar yang dipimpin oleh Ketua Staf Jeneral Khalid Nezzar telah melakukan rampasan kuasa. Wujud provokasi-provokasi dan berita-berita yang sudah jelas palsu bagi menjustifikasikan rampasan kuasa tersebut. Sebelum keputusan pusingan pertama diumumkan, perdana menteri mengatakan bahawa pengundian telah berjalan lancar, aman dan selamat. Selepas keputusan menjadi semakin jelas, perkara sebaliknya berlaku. Beliau telah membuat kenyataan bahawa pengundian "tidak dijalankan dengan cukup bebas dan jujur," yang dengan kata lain menuduh FIS sama ada sudah menipu atau menggunakan cara paksa.

Pada tahun 1997 sahaja, lapan buah masjid dan umat Islam yang bersolat di dalamnya telah dibom. 33 orang telah dibunuh dan 211 yang lain cedera.
Dalam pembunuhan beramai-ramai Sidi-Hamed pada 11 Januari 1998, kira-kira 350 orang telah kehilangan nyawa (bawah kanan dan tengah). Kira-kira 350 orang telah dibunuh dalam satu siri serangan oleh penyerang yang tidak dikenal pasti di kawasan Moussa pada tahun 1997. Gambar di bawah menunjukkan sanak-saudara sedang mengecam jasad-jasad kaku yang terbaring di jalanan.

Penindasan oleh polis-polis Algeria ke atas umat Islam telah berlangsung selama berdekad-dekad. Pada tahun 2001, terdapat sejuta tahanan politik yang dipenjarakan. Para tahanan tidak dibicarakan di mahkamah maka mereka tidak dikenakan hukuman. Jadi tempoh tahanan mereka dilanjutkan lagi dan lagi. Pihak berkuasa cuba menjadikan mereka yang dibunuh di dalam penjara seperti mati membunuh diri, atau mendakwa para tahanan menyerang pengawal, ataupun memberitahu bahawa para tahanan saling berbunuhan.

Perkembangan rampasan kuasa itu juga agak menarik. Segala peristiwa yang telah terbentang menunjukkan bahawa segala-galanya sudah dirancang siap-siap. Berikutan rampasan kuasa, dan kontra terhadap luahan yang diberikan kepada penduduk dunia, umat Islam tidak memulakan "perang saudara." Konflik sebenarnyan dimulakan oleh mereka yang mencetuskan rampasan kuasa. FIS telah menyeru semua pihak supaya tidak menggunakan kekerasan dan sebaliknya menggunakan jalan damai. Kerajaan sebaliknya bertindak dengan menahan ribuan ahli FIS dan mengenakan hukuman-hukuman kejam ke atas mereka sewaktu di penjara.

Tahun-tahun berikutnya tidak membawa sebarang perubahan terhadap tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Algeria. Berikutan provokasi yang menyalahkan umat Islam, sebuah mahkamah yang memiliki kuasa luar biasa telah dibentuk. Pada mulanya, FIS dan para penyokongnya tidak mahu mengangkat kepala dan masih berpegang kepada cara yang lebih damai, namun kemudiannya mereka mula berubah sikap kerana tekanan dan ketidakadilan yang melampau-lampau. Satu kumpulan mula menggunakan senjata sebagai reaksi serangan bersenjata terhadap mereka oleh pasukan keselamatan. Akhirnya, Algeria terjebak ke dalam kancah perang saudara.
SIAPAKAH DALANG PERANG SAUDARA DI ALGERIA?
Tujuan perang saudara satu sahaja: untuk memusnahkan kuasa Islam, jika perlu dengan menggunakan cara penghapusan secara fizikal. Inilah sebabnya mengapa skuad pembunuh diwujudkan, di bawah nama "kumpulan anti-teroris." Umat Islam yang menjadi sasaran skuad ini akan dibunuh, dan kes-kes tersebut tidak pernah selesai. Berdasarkan kepada keterangan seorang pegawai polis Algeria, yang mengakui apa yang telah berlaku, kumpulan-kumpulan khas akan mengetuk pintu-pintu umat Islam yang menjadi sasaran mereka dan kemudian menembak mereka sebaik sahaja pintu dibuka.26 Professor Abdul Hamid Brahimi, yang merupakan Perdana Menteri Algeria 1984-1988, telah berucap tentang metod-metod yang digunakan sewaktu peperangan ke atas umat Islam:

Rakyat Algeria telah dirobek ketenangannya semenjak rampasan kuasa haram pada Januari 1992. Penangkapan secara rambang dan beramai-ramai terhadap mereka yang tidak bersalah, termasuk guru, jurutera, doktor, peguam, pedagang, dan pelajar; mereka dihantar tanpa usul-periksa ke kem-kem kurungan atau pun dicampak ke dalam penjara dan dilayan dengan cara yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Di samping itu, orang muda Algeria telah dibunuh setiap hari oleh skuad pembunuh tanpa ada sebab yang munasabah, hanya kerana mereka dianggap memiliki potensi yang berbahaya kepada puak rejim.

Pada 16 November 1997, sebuah artikel bertajuk "Kami Menuduh 80,000 Kali," John Sweeney, seorang wartawan akhbar harian Britain The Observer, telah memberikan sokongan kepada kata-kata Brahimi. Sweeney amat berminat dengan Algeria dan telah memberikan pandangannya terhadap pembunuhan di negara tersebut selepas beliau menemu bual beberapa orang saksi yang telah melihat kekejaman yang dilakukan di hadapan mata mereka sendiri:

...himpunan bukti-bukti telah menjelaskan keadaan Algeria. Kira-kira 80,000 rakyat telah dibunuh semenjak penipuan umum kepada rakyat melalui pilihan raya yang dipenuhi pertengkaran pada 1991. Kerajaan - le pouvoir - adalah korup, dibenci dan terus memegang kuasa dengan cara keganasan. Pertimbangkan bukti daripada Amnesti Antarabangsa, Pemerhati Hak-Hak Kemanusiaan, Persekutuan Hak-Hak Kemanusiaan Antarabangsa, Wartawan-Wartawan Tanpa Sempadan; bukti-bukti dari pihak media-media Algeria sendiri yang dikongkong oleh kerajaan..
ORANG AWAM SEKALI LAGI JADI SASARAN...

Pembunuhan beramai-ramai yang serupa seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar di sebelah telah dijalankan dalam satu serbuan mengejut ke atas kediaman-kediaman rakyat Algeria. Mereka yang sedang tidur di atas katil telah dikejutkan dan seterusnya dibunuh dengan kejam. Bayi-bayi pula telah ditembak.


Sweeney telah menerima reaksi dari seluruh dunia berikutan temu bualnya dengan seorang anggota polis rahsia Algeria, temu bual dengan beberapa buah negara Barat, Perancis terutamanya, sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan kejam ke atas mereka yang tidak bersalah. Himpunan laporan dan luahan daripadanya menunjukkan keganasan di Algeria sebenarnya didalangi oleh pihak kerajaan. Walaupun seluruh dunia sedar tentang semua ini, tiada siapa pun yang mahu memberhentikan semua ini. Mereka lebih suka untuk berdiam diri. Dengan kata lain, "Kerajaan Algeria dan rakan-rakan Baratnya lebih suka untuk bertindak di dalam kegelapan."

MEREKA YANG BENAR-BENAR BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PEMBUNUHAN
Sweeney telah memberikan tiga buah contoh-contoh pembunuhan yang berasingan di dalam artikel tersebut, seterusnya mendedahkan dengan tepat tentang siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap siri-siri pembunuhan yang ditujukan kepada umat Islam. Kisah pertama bermula pada Julai 1994. Pada hari para pemimpin Barat yang menganggotai G-7 bertemu di Nepal, "ekstrimis Islam" telah dituduh mengelar leher tujuh orang ahli kelasi Itali sewaktu mereka berada di pelabuhan Algeria. Media-media Barat dengan cepat dan bengis menuduh kumpulan "radikal Islam" yang melakukan serangan tersebut.

Walau bagaimanapun, Joseph, seorang anggota polis rahsia Algeria yang digunakan oleh Sweeney sebagai salah satu dari sumber maklumatnya, memiliki pandangan yang berbeza tentang serangan tersebut. Beliau memberitahu bahawa pembunuh adalah rakan-rakannya di dalam unit polis rahsia. Perkara yang lebih menarik ialah sewaktu serangan itu berlaku, pelabuhan tersebut berada di dalam kawasan militari, dan ia dilindungi sebaik-baiknya oleh pasukan tentera laut. Sweeney telah menarik perhatian tentang perkara luar biasa yang berlaku sewaktu kejadian tersebut:
Jenjen, sewaktu berlaku pembunuhan beramai-ramai tersebut, dikawal ketat oleh pasukan tentera laut, di dalam zon ketenteraan, yang mana terdapat berek-berek askar beberapa ela sahaja dari kapal tempat orang-orang Itali itu disembelih. Jika kumpulan ekstrimis merupakan pembunuhnya, maka mereka mesti melepasi pemeriksaan tentera, berjalan berjengket-jengket di berek tempat tinggal askar, mengelar leher kelasi-kelasi Itali itu, memunggah turun 600 tan kargo yang didapati hilang, dan kemudian melarikan diri secara perlahan-lahan supaya tidak ditangkap.
Tiada apa yang berubah bagi umat Islam Algeria selepas negara itu berjaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1962. Pemerintahan baru yang memiliki hubungan rapat dengan Perancis, terus melakukan pembunuhan.

Contoh kedua yang ditulis oleh Sweeney ini juga tidak kurang menariknya:
Pada 1995, satu siri pengeboman telah berlaku di kota Paris. Kumpulan-kumpulan ekstrimis Islam dipersalahkan dan Barat bersetuju. Joseph memberitahu kepada kita bahawa lelaki yang merancang pengeboman adalah Jeneral Tewfik dan Smain, yang merupakan komander-komander di dalam pasukan polis rahsia Algeria, dan operasi tersebut telah dikawal dari Kedutaan Algeria di Paris. Selepas pengeboman, Menteri Dalam Negeri Perancis, Jean-Louis Debre, telah ditanya sewaktu makan tengah hari sama ada wujudkah kemungkinan bagi pasukan polis rahsia Algeria bersembunyi di sebalik pengeboman tersebut. Beliau menjawab: "Militari keselamatan Algerian meng­harapkan kami supaya mengikut jejak yang salah, jadi kami dapat menghapuskan sesiapa sahaja yang mengganggu mereka."

Contoh yang ketiga ini juga turut menimbulkan satu lagi misteri:
Pada 1997, tiga insiden pembunuhan beramai-ramai yang besar telah dilakukan di selatan Algiers. Ketiga-tiganya berlaku di sebuah zon yang dikawal ketat, dikelilingi oleh berek-berek askar. Ia mengambil masa yang lama untuk menyembelih leher 200 orang manusia. Tiada seorang pun yang dibawa ke muka pengadilan Algeria atas sebab pembunuhan beramai-ramai yang besar itu. Mereka yang melakukan pembunuhan itu, seperti yang diberitahu oleh puak rejim, "dibiarkan tanpa gangguan."

Insiden serupa yang dilaporkan oleh John Sweeney turut dilaporkan dalam sebuah majalah berbahasa Turki. Di dalamnya terdapat kenyataan-kenyataan daripada para saksi yang melihat pembunuhan beramai-ramai di Seydi Musa, iaitu sebuah kawasan di Algeria. Ia menyaksikan seramai 300 orang dibunuh. Insiden ini amat penting bagi seseorang yang mahu mengetahui hal sebenar yang terjadi di Algeria:

Hakikat bahawa tiada campur tangan ketenteraan dalam pembunuhan beramai-ramai di Seydi Musa, yang berlaku hanya di sebelah ibu pejabat militari dan hanya memakan masa lima jam, adalah aspek yang patut diberi perhatian dalam seluruh konspirasi yang terjadi. Kenyataan daripada mereka yang terselamat ialah, "Kami menjerit meminta pertolongan, pasukan keselamatan tidak jauh dari kami, namun manusia pertama yang datang di awal-awal pagi ialah pasukan bomba," dan api serta asap yang keluar dari rumah-rumah, serta bunyi-bunyi tembakan senjata automatik penyerang yang gagal menarik perhatian pasukan keselamatan adalah cukup untuk memberitahu kita siapakah sebenarnya yang bersembunyi di sebalik pembunuhan di Algeria.

Ramai sebenarnya yang turut berkongsi pandangan yang serupa seperti Abdul Hamid Brahimi dan John Sweeney tentang apa yang berlaku di Algeria. Ramai pakar yang sedang meneliti perkembangan di negara tersebut bersetuju bahawa kerajaan Algeria, yang disokong oleh junta (Pent: iaitu majlis pemerintah), adalah dalang di sebalik pembunuhan dan tindakan-tindakan keganasan. Salah seorang daripada kumpulan-kumpulan pakar tersebut ialah Perbadanan Rand Graham Fuller, bekas ejen CIA. Fuller telah mengenalpasti unit-unit militari yang bertanggungjawab terhadap tindakan-tindakan teroris di Algeria, termasuklah juga pengeboman di Paris, dan turut meng­gambarkan niat mereka untuk memanipulasikan pandangan masya­rakat dunia. Beliau mempertahankan bahawa agensi-agensi intelek Barat mengetahui semua perkara yang berlaku dan mereka cuba mempengaruhi pandangan penduduk dunia dengan menyebarkan maklumat yang salah.

Fakta lain yang turut memberikan bukti penting ialah hampir kebanyakan jeneral-jeneral di dalam junta yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan yang dilakukan pada masa-masa yang tertentu atau yang lain adalah berada di dalam pasukan askar Perancis. Mereka ini memberikan perkhidmatan kepada pasukan askar Perancis sewaktu berlakunya Perang Kemerdekaan Algeria, atau dengan kata lain mereka bekerjasama dengan Perancis. Ketua Staf Jeneral Mohammed Amari, sebagai contoh, merupakan seorang pegawai di dalam pasukan askar Perancis. Beliau menganggotai pasukan askar Algeria sebaik sahaja sebelum kemerdekaan diisytiharkan. Ketua bagi Bahagian Kepintaran iaitu Jeneral Tewfik, dan pemimpin yang melakukan rampasan kuasa secara haram, yang juga merupakan Menteri Pertahanan terdahulu iaitu Jeneral Khalid Nezzar turut menjadi pegawai di dalam pasukan askar Perancis.

Sebagai tambahan kepada semua ini, bekas Per
dana Menteri iaitu Abdul Hamid Brahimi telah menerangkan bahawa semua tindakan keganasan dituduh dilakukan oleh umat Islam, padahal umat Islam tahu bahawa mereka tidak akan dapat mencapai impian mereka dengan cara pembunuhan. Selepas berkata demikian, Brahimi me­ne­kankan bahawa itu semua dilakukan oleh bekas-bekas ahli OAS, iaitu sebuah pertubuhan penentang-gerila yang ditubuhkan bagi menentang kemerdekaan Algeria pada tahun 1962. Pertubuhan ini yang sebenarnya digerakkan oleh pihak pentadbiran Perancis, adalah dalang yang berselindung di sebalik keganasan yang berlaku di Algeria.

Di samping semua ini, perkara yang mesti dijelaskan ialah kumpulan-kumpulan Islam yang terlibat dalam serangan-serangan keganasan terhadap penduduk awam adalah berada di landasan yang salah. Seperti yang telah kami beritahu, metod-metod yang sedemikian adalah tidak serasi dan selaras dengan ajaran Islam. Islam sentiasa mengajak umatnya memilih jalan damai, dan jika peperangan menjadi satu-satunya jalan terakhir, Islam memastikan nyawa dan hak pen­du­duk awam yang tidak bersalah tidak dicabuli. Selain itu, segala macam bentuk "perjuangan" yang membawa kepada kezaliman yang ti­dak berjustifikasi adalah berlawanan dengan kehendak Islam. Umat Islam di Algeria perlu sensitif terhadap perkara ini. Mereka seharusnya ti­dak melancarkan peperangan dengan cara mengangkat senjata, se­baliknya dengan menggunakan kebudayaan, ilmu dan juga kewarasan. Mudahan-mudahan segala darah dan air mata yang menitik di bumi Algeria akan diganti dengan sebuah kedamaian dan keselamatan.